Kesedaran tu datang masa PKP1.0. Best duduk rumah lama-lama dengan anak-anak depan mata. Dapat masak-masak, layan anak-anak, best sangat la. Rasa macam dah lama sangat saya tak bagi perhatian penuh macam tu. Huhu.. sedih sangat.
Saya suka bisnes. Tapi bisnes suka2 aje.
Saya suka share apa-apa kebaikan yang dapat beri manfaat yg sama pada orang lain.
So, Shaklee ni memang pilihan yg sangat2 tepat la. Sebelum Shaklee, saya ada jual produk skincare, jual kuih samprit beras mertua sy masa nak Raya Aidilfitri. Tapi just suka2. Dulu ada gak buat database customer, tapi nama bisnes Bisnes Suka-suka. hihihi… tak de wawasan kan?😆
Sampai la saya jumpa Shaklee tahun 2018. Mula2 sebab nak makan sendiri je. Produk pertama saya consume, Ostematrix. Percaya tak, saya tak pernah dengar nama Shaklee sebelum tu. Hahaha.. sebab saya ni tak suka makan ubat or suplemen. Kecuali masa pregnant, kan kene makan suplemen dan ubat2 klinik tu. Yang tu je la makan sebab fikirkan tumbesaran anak. Kalo demam pun, sanggup minum air masak banyak2 dan rehat je.. degil nak makan ubat.
Lepas bersalin anak ke-4, saya alami sakit belakang yg teruk. Ingat lagi, saya pergi rumah kawan husband. Dok borak2 dgn wife dia pasal sakit belakang, pastu dia syorkan saya try Ostematrix. Rupanya dia ahli Shaklee. Dia bagi la try. Saya consume sebotol dan alhamdulillah, sakit belakang beransur pulih. Memang syukur sangat
Tapi lepas dari tu, saya tak konsisten consume. Nak dijadikan cerita, Allah lorongkan saya jumpa upline saya, kak Anisah Hussin. Kami duduk di kejiranan yang berhampiran, lain-lain taman. Kenal Kak Nees mula-mula sebab beli bantal hotel. Pastu bila asyik lalu lalang pasal Shaklee kat FB, saya jumpa Kak Nees semula. Saya decide join ahli masa tu RM75. Sekarang dah murah sangat, RM35 je. Join ahli pun sebab nak beli Ostematrix dengan harga ahli. Tak buat bisnes sangat pun. Tapi adalah sharing dengan keluarga dan kawan2 especially pasal Ostematrix sebab tu je Shaklee Effect yg saya rasa. Dapat la untung runcit sikit2. Tak kisah sangat pun pasal bonus2 ni. Unlock bonus ok, tak unlock bonus pun ok je. Kalau dapat bonus pun, puluh2 je. Ada la sekali dua ratus. Tapi memang sikit sangat. Hihi.. 🤭
Lagipun saya dah ada kerja tetap yg nature kerjanya memang busy. Even weekend pun kene kerja. Saya kerja sebagai Pegawai Belia dan Sukan. Haa… dah namanya macam tu, program2 belia dan sukan memang kebanyakannya dilaksanakan pada hujung minggu sebab weekdays, belia2 ramai yang bekerja. Nak tak nak, program kami memang akan kacau weekend.
Pastu bila Master Ainul buat projek The Walking Beauty (TWB), saya jadi excited nak bisnes. Sebab saya suka pada kecantikan-kecantikan ni. So, saya join dengan pakej RM1,999. Sanggup simpan duit nak join. Dapat set Youth Skincare dengan peralatan lain tu. Mobile Spa ni best. Saya banyak buat kat ofis masa rehat hari Jumaat. Ok la, best dapat duit. Kawan2 pun support. Dapat gak skill nak buat facial tu. Masa ni rasa best Shaklee ni. Cumanya kesedaran menyeluruh tu belum sampai utk fokus betul2.
Tahun 2019, saya tukar department yang lebih sibuk. Selalu outstation. Pengarah cawangan saya pulak dinaikkan pangkat dan bertukar keluar. Lebih 8 bulan juga saya terpaksa tanggung tugas Pengarah saya tu sebab pengarah baru masih tak kunjung tiba. So, workload dan tanggungjawab makin bertambah. Dari jaga unit, saya terpaksa jaga Cawangan. So, bisnes mobile spa pun tak dapat nak bergerak. Hinggalah Covid melanda dunia, memang bisnes seangkatan TWB macam makin tenggelam la kan. Social Distancing mana boleh buat Spa.
Kak Nees ada guide saya melalui watsapp, voice note. Tapi sebab saya macam tak sedia, so turun naik je la semangat tu. Kejap kang rasa berkobar-kobar. Kejap kang, letak tepi sebab busy sangat. Saya tak boleh nak fokus. Tapi suka tengok kejayaan mentor-mentor Shaklee. Saya belum ada push factor dan big why yang jelas. Sebab tu terhuyung hayang je kan. Hahahaha…
Kembali Bertaut Bersama Shaklee
Then, kesedaran tu datang masa PKP1.0. Best duduk rumah lama-lama dengan anak-anak depan mata. Dapat masak-masak, layan anak2, best sangat la. Rasa macam dah lama sangat saya x bagi perhatian penuh macam tu. Huhu.. sedih sangat. Even Work From Home (WFH), ada hari yang tiba-tiba kerja datang bertimbun. Sampai kene stay up malam. Bos pulak, semua nak cepat. Sampai saya jadi letih. cabaran WFH ni lagi hebat gak sebenarnya kan?😥😔
Dari situlah saya berdoa mohon petunjuk dari Allah. Saya pandang anak2 dan suami masa mereka tidur. Saya menangis teruk fikirkan kenapa saya terlalu sibuk dengan hal2 kerja. Anak2 kecik lagi dan semuanya perlukan perhatian. Allah bagi jawapan.. Allah temukan BIG WHY saya adalah anak2 dan keluarga saya.
Bermula detik itulah, saya cari Kak Nees. 1st time pergi coaching Shaklee kat rumah dia. Dulu pernah pergi sekali masa training TWB je. Takde spesifik pasal Shaklee. And amazing sangat, bulan Julai 2020 tu jugak saya rank up Supervisor. Rasa macam mudah sangat Allah bantu saya. Tiba2 ramai kawan pm nak produk Shaklee. Sy dapat close banyak Vivix dan ResV bulan tu. Masya Allah. Start Julai 2020 tu jugak la, grup saya makin berkembang. Sebelum tu dari 2018, saya just ada 3 orang downline aje. Punya la xde kemajuan langsung kan?🤪😆
Masa bonus masuk akaun, saya macam terpinga2. Betul ke boleh dapat banyak ni? Dalam RM2,007.66, kira banyak la kan utk newbies yg baru panas enjin sebulan? Bila dah rasa bonus macam tu, makin berkobar2 la rasa hati ni. Barulah nampak yg Shaklee ni boleh bantu beri income yg besar kalau kita buat betul2.. Setakat Julai 2020 – Mei 2021, saya dah dapat total RM13,625.81.. Siapa nak bagi kan?
So, dari situ lah saya kembali dengan Shaklee. In syaa Allah, saya akan kekal setia dan usaha untuk bantu lebih ramai org sihat dan berjaya especially downlines saya dalam EUL. Downline saya ramai tau. Cuma masing-masing masih nak nak makan sendiri aje dan belum bersedia nak bisnes. Takpelah, saya tak kan putus asa doakan mereka. saya yakin, hati manusia ni Allah yang pegang. Ada yang sekali beli terus beratus UV. sebab tu walaupun yg serius bisnes ada beberapa orang je, tapi syukur yg makan sendiri ni pun saya merasa dapat bonus dari diorang.
Mohon doakan saya rank up Coordinator cycle ni dan dapat car bonus effortlessly and easily. Saya nak bantu beberapa org downlines saya yg nak berjaya tapi masih malu2 dan tak confident dengan diri sendiri. Saya sentiasa selitkan nama mereka dalam doa saya. Moga Allah makbulkan semuanya.🤲🌹
Begitu lah kisah U-turn Siti Syakirah yang dapat Kak Tun kongsikan.
Join Bisnes Shaklee
Bagi yang nak melangkah ke dunia bisnes nak berjaya sama-sama dengan bisnes Shaklee boleh contact Kak Tun.
“Start something today and gain anything tomorrow”
One thought on “Kerjaya Dropship : Kenapa Saya Buat U-turn”