Alhamdulillah. PRU14 telah selesai. Kak Tun tak sabar nak tunggu Keputusan PRU14 Terkini.
Mesti semua rakyat Malaysia merasa debaran tambah-tambah lagi yang keluar mengundi melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat hari ini.
Posting Kak Tun sebelum ni ada menceritakan mengenai FAKTA DAN AUTA PILIHANRAYA
Alhamdulillah juga ramai yang terbantu. Tak sia-sia Kak Tun buat posting tu. Kali ni nak cerita pasal Keputusan PRU14 pula.
Semua dah maklumkan parti-parti yang bertanding? Kalau belum tahu atau masih tak pasti, bawah ni Kak Tun senaraikan 3 parti yang bertanding. BARISAN NASIONAL, PAS & PAKATAN HARAPAN.
Kak Tun berpendapat, pengundi perlu faham, mengundi dengan niat yang betul bahawa satu undi kita tidak membawa bekas apa-apa kerana naik turunnya kerajaan adalah hak milik mutlak Allah SWT.
Konsep ini sama dengan kita yakin bahawa bukan nasi yang beri kita kenyang tapi Allah SWT. Apabila makan ubat, bukan ubat yang beri kita kesembuhan, tapi Allah SWT adalah As-Syafi.
Mengundi adalah satu tanggungjawab, tapi jangan yakin undi saya akan sebabkan kerajaan si fulan turun dan parti si fulan akan naik. Yakin turun dan naiknya sesuatu kerajaan adalah dengan izin Allah SWT dan naik turunnya sesuatu kerajaan itu disebabkan amalan rakyat sesebuah negara itu. Jika amalan rakyat negara itu baik, maka Allah anugerahkan kerajaan yang baik bagi mereka. Begitulah jika amalan rakyat negara itu buruk, maka kerajaan yang buruk lah yang memerintah.
Parti mana pun yang dinobatkan sebagai KERAJAAN, terimalah dengan dada yang terbuka.
Berdoalah agar mereka memerintah dengan penuh hikmah, menguruskan dana negara sebaik-baiknya tanpa menidakkan kedaulatan Islam dan menghormati ketuanan pribumi.
Dah tak sabar nak tahu keputusan PRU14 terkini?
Jom check sini : KEPUTUSAN PRU14 TERKINI
Sabar dan berlapang dada dengan keputusan yang ada. Usah mencemuh jika keputusan tidak seperti yang diharapkan.
Wallahualam.