Tips Day Hike ke Bukit Batu Chondong dan Air Terjun Batu Asah

Bukit Batu Chondong

Social connection untuk perjalanan hiking ini memang terbaik. Asalnya nak hiking dengan sepupu, end up kami berjaya kumpul kekuatan seramai 17 orang dengan kombinasi saya, 4 orang ahli keluarga terdekat (3 orang sepupu + suami), 4 orang anak kandung, 2 orang jemah, 3 orang kawan jemah, 2 orang kawan sepupu dan seorang kawan anak.

This is great!

Semua telah diingatkan sebelum berkumpul pastikan telah ada kasut sukan/kasut hiking yang sesuai, pakaian yang berwarna terang (supaya gambar anda lebih cantik dan tak tenggelam dengan warna pokok kayu). Pastikan juga kuku kaki di potong nak elakkan kecederaan/ ketidakselesaan akibat tekanan semasa menurun bukit.

Disebabkan bukan bertujuan nak berkelah, makanan bawa sendiri. Pastikan ada energy bar, makanan untuk di makan di tempat air terjun. Menu ikut suka. Air ikutkan sebotol 500 ml pun dah cukup. Kalau rasa memang jenis minum air banyak, bawak lebih pun tak apa.

Penting untuk pastikan dah ambil light breakfast sebelum mulakan hiking.

Sebagai Gogo, nervous juga dengan bilangan yang agak besar. Ada yang beginner dan bakinya amatur. Yang PRO memang yilek! Nak tunggu pro, sampai bila pun kita tak gerak. Ok, jom gerak dulu….!

Sesi warm up

PERJALANAN BUKIT BATU CHONDONG

Perjalanan dari entrance Bukit Batu Chondong dalam anggaran sekitar 0.6 kilometer. Memang dekat. Cumanya pacak tak ada diskaun di awal perjalanan. Dan nak sampai ke puncak melibatkan kekuatan kaki dan fizikal.

Awal-awal lagi dah disambut dengan permandangan rimbunan pokok buluh yang menghijau di sekeliling yang mengasyikkan, terus hilang kelelahan masing-masing.

Bila tengok kawan kat depan macam susah nak panjat batu-batu, ada yang dah mula risau. Bestnya Bukit Batu Chondong ni ada pilihan. Nak ambil jalan yang lebih mencabar dan cabar diri atau nak guna route yang sederhana cabarannya dan lebih selamat. Jalannya agak tersorok. So, kena lah kenalpasti kemampuan diri sendiri.

Ramai yang kami jumpa sepanjang perjalanan. Overweight bukanlah penghalang untuk mendapat peluang menikmati keindahan Bukit Batu Chondong. Nak kata…semua orang ada peluang yang sama. Haruslah cuba dulu.

Semasa memanjat batu-batu ini memerlukan sokongan rakan-rakan yang lain. Walaupun ada tali disediakan, keselamatan dan team work perlu diutamakan.

Level pertama pun dah dapat view yang cantik.

Ni team sepupu-sepapat keturunan pahlawan…ehe hee….

Boleh senyum lagi…kira ok la tu. Tak de la teruk sangat kan

Datang awal pagi, dapat rasa suasana yang agak dingin. The best time to start hike dalam jam 7 pagi. Kalau lewat, dah panas kat puncak, terlepas view langit yang cantik.

Batu-batu sini walaupun besar-besar dan ada yang tajam, tapi batunya cantik. Tengok batu pun rasa damai. Terapi jiwa.

Couple ni ikut laluan rahsia…..

So, next level kami jumpa lah signboard Bukit Batu Chondong. Rugi lah kalau dah sampai puncak tak ada gambar kat signboard ni.

Kawasan sini tak ada yang kita nampak nak masak maggi atau nak buat kopi. Tak sesuai. Area tak besar mana pun. Lagi best tangkap gambar dan nikmati view 360 degree.

Masa untuk nikmati view gunung-ganang awan langit membiru. Lari kejap dari apa yang serabutkan fikiran. Boleh dikatakan tempat-tempat macam ni bila kita tengok alam ciptaan Allah, dapat recharge diri.

Alhamdulillah Allah beri kesihatan yang baik dan masih beri peluang untuk melihat kebesaran-Nya.

Selesai tangkap gambar untuk kenangan, hirup udara yang segar, menikmati permandangan bukit bukau, gunung ganang dengan langit yang indah, kami bersedia untuk perjalanan seterusnya.

It’s time to hike somewhere else.

KETAHUI LANJUT CARA BUAT SIDE INCOME RENDAH RISIKO >>>>>

Bermula perjalanan ke Air Terjun Batu Asah

AIR TERJUN BATU ASAH

Bukan senang nak kawal sekumpulan yang ramai. Alhamdulillah masing-masing well behave. Boleh bawak lagi untuk trip seterusnya…

Kena cepat kalau nak ke Air Terjun Batu Asah. Timing memang kena jaga.

Satu sebabnya ialah nak elakkan dari konvoi ATV. Bila ATV dah start masuk, kena kongsi jalan seterusnya akan melambatkan lagi perjalanan kita yang hiking. Dan bila ATV dah guna jalan, mana tempat yang becak, akan jadi makin becak dan licin. Ada kemungkinan juga boleh tenggelam dalam selut.

Dari Bukit Batu Chondong ke Air Terjun Batu Asah ambil masa dalam 20 ke 30 minit. Jalan leha-leha pun boleh.

Entrance Air Terjun Batu Asah sebelah tempat parking ATV

Ikutkan Air Terjun Batu Asah ni ada 7 level (tingkat). Setiap level cantik dan ada keistimewaanya tersendiri. Kebanyakkan yang datang, dah berpuas hati takat level 3 dan 4. Area sini banyak tempat boleh jadi port bentang tikar, pasang hammock, masak-masak.

Arkib hiking sebelum ni – di Level 7 Air Terjun Batu Asah

Total perjalanan (dari tempat parking – Bukit Batu Chondong – Air Terjun Batu Asah – parking) adalah lebih kurang 7.5 kilometer.

Koleksi gambar kat Level 1 Air Terjun Batu Asah masa hiking sebelum ni

Alhamdulillah. Seronok bila tengok masing-masing happy, puas hati dan balik dengan selamat dengan kenangan terindah.

Best bonding kali ni dapat bersama menjalankan aktiviti sihat dan berfaedah bersama anak-anak, sepupu, rakan jemah dan kawan-kawan baru. Bukan senang nak dapat peluang bonding pelbagai penjuru macam ni.

The best Social Connection ever.

Simpan kenangan ini. Insya-Allah ada rezeki datang sini lagi untuk kenalkan dunia hiking kepada orang lain pula.

TEKAN SINI UNTUK GAMBAR DAN TEMPAT MENARIK LAIN

Love,
KakTun


Follow my IG dengan scan QR Code ini

2 thoughts on “Tips Day Hike ke Bukit Batu Chondong dan Air Terjun Batu Asah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *