TERKINI PRU14 FAKTA & AUTA – SALAH FAHAM SEMASA PROSES MENGUNDI

TERKINI PRU14 FAKTA & AUTA. Owhhh…..panassss panasss….. sana sini panas dengan PRU14. Terasa bahangnya. Tahun ni memang Kak Tun rasa fight betul persaingan antara 3 penjuru.

Kak Tun tak nak cerita pasal parti mana-mana. Entri Kak Tun kali ni nak betulkan persepsi terkini PRU14 – SALAH FAHAM SEMASA PROSES MENGUNDI.

Dah viral dan macam-macam mesej kita terima bab nak mengundi ni. Ada yang fakta, ada yang auta.
Sampai ada pengundi yang jadi semakin keliru dan takut nak pergi mengundi. Apa yang harus dipakai pada hari mengundi, bagaimana cara nak menandakan kertas undi. Haa…macam-macam lagi lah.

Kak Tun cuba hilangkan kekusutan dan cuba bersihkan kekeliruan pengundi. Harap-harapnya entri Terkini PRU14 SALAH FAHAM SEMASA PROSES MENGUNDI ini dapat membantu semasa proses pemilihanraya kelak.

Sebelum tu kita tengok dulu beberapa SALAH FAHAM SEMASA PROSES MENGUNDI TERKINI PRU14 yang biasa diviralkan. Kak Tun senaraikan 10 SALAH FAHAM SEMASA PROSES MENGUNDI di sini.

1. LOGO PARTI
Auta – Pengundi dibenarkan memakai baju parti untuk menunjukkan sokongan
Fakta – Tidak dibenarkan memakai pakaian yang berlogo parti, membawa objek yang berlogo parti ke dalam tempat mengundi

2. MASA

Auta – Pengundi bebas datang membuang undi pada bila-bila masa pada tarikh mengundi.
Fakta – Pengundi secara amnya hanya dibenarkan membuang undi antara jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Semak website SPR untuk kemungkinan waktu yang berbeza di lokasi anda.

 

 

3. PAKAIAN

Auta – Perlu pakai formal mengikut garis panduan pakaian penjawat awam
Fakta – Pengundi hanya perlu berpakaian yang sopan dan selesa

4. KERTAS UNDI

Auta – Tidak perlu periksa kertas undi yang diserahkan
Fakta – Pengundi perlu memeriksa kertas undi sekiranya terdapat kekotoran atau tanda-tanda yang meragukan.

 

 

5. CARA PANGKAH UNDI

Auta – Pengundi perlu pangkah ‘X’ memenuhi 75% kotak
Fakta –  Pengundi hanya perlu pangkah ‘X’ dengan bersih di dalam kotak  

6. NOMBOR SIRI KERTAS UNDI

Auta – Nombor siri di kertas undi boleh kenalpasti identiti pengundi
Fakta – Nombor siri di kertas undi untuk mengetahui kuantiti kertas undi yang telah dicetak. Pengundi tidak dibenarkan menconteng nombor siri kerana ini akan menyebabkan undi rosak.

 

 

7. TULIS MESEJ

Auta – Pengundi boleh menulis mesej sokongan di kertas undi
Fakta – Pengundi DILARANG sama sekali menulis apa-apa mesej sokongan di kertas undi. Ini akan mengakibatkan undian dikira sebagai rosak

8. KERTAS UNDI BAHARU 

Auta – Pengundi tidak dibenarkan untuk mendapatkan kertas undi baharu sekiranya telah berlaku kesilapan atau kekotoran
Fakta – Pengundi dibenarkan meminta kertas undi baharu sekiranya terdapat kekotoran atau tersilap memangkah selagi pengundi masih belum meletakkan kertas undi kedalam kotak undi.

 

9. SELFIE

Auta – Pengundi dibenarkan untuk selfie di stesyen pembuangan undi.
Fakta – Pengundi tidak dibenarkan selfie ditempat pembuangan undi dan tidak dibenarkan mengambil gambar kertas undi sendiri.

10. UNDI SAYA TIDAK PENTING

Auta – Undi saya tidak penting 
Fakta – Setiap undi adalah PENTING dan akan dikira. Kemungkinan calon untuk menang adalah dari satu undian.

 

Mengundi bukan lah satu keperluan tetapi kita mengundi kerana TANGGUNGJAWAB kepada negara.

Pastikan anda telah :

1. Menyemak tempat pembuangan undi Terkini PRU14 yang betul di link ini :

https://pengundi.spr.gov.my/

2. Bawa Kad Pengenalan diri

3. Berada di tempat undi semasa waktu yang ditetapkan dan beratur dengan tertib

4. Celup jari anda dengan dakwat yang disediakan

5. Pastikan anda memeriksa kertas undi dengan teliti

6. Berada di kotak kawasan memangkah undi yang disediakan

7. Pangkah calon yang anda pilih

8. Tidak memangkah selain dari kotak yang disediakan di sebelah nama calon

9. Melipat kertas undi dan memasukkan kertas undi dengan baik ke dalam kotak pembuangan undi
  

Ok. Selamat mengundi. Semoga anda memilih pemimpin yang berakhlak baik untuk kebaikan generasi akan datang.

 

Kak Tun
01137007328

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *