Cara Simpan Suplemen untuk Pastikan Suplemen Anda Selamat dan Segar

 

Baru kepada suplemen? Adalah baik untuk korang tahu cara simpan suplemen terbaik bagi mengekalkan supplemen korang selamat dan segar. Dalam kata lain nak mengelakkan vitamin/ suplemen menjadi kurang berkualiti atau rosak. Aah! Rugi investment kesihatan jika korang tak ambil peduli.

Kak Tun bagi contoh macam produk no 1 Shaklee, VIVIX, shelf life dia adalah 9 bulan. And Vivix ni kena disimpan di dalam peti sejuk dan bukan di atas kaunter dapur atau dalam bilik tidur! Kalau kita tak menjaganya dengan betul, tu yang tak sempat nak habis sebotol dah rasa lain. Tu bukan salah Shaklee tau! Kak Tun letak Vivix kat tempat sejuk beku. 
 
Contoh lain macam Milkshakes dan produk-produk Shaklee yang berbentuk powder, kena disimpan di tempat yang sejuk dan kering. 

Jom ketahui ilmu cara simpan suplemen yang betul!

 

  1. BACA LABEL cara simpan suplemen
    Sentiasa baca label suplemen dan simpan mengikut arahan yang diberikan. Walaupun kebanyakan vitamin dan suplemen perlu disimpan pada suhu bilik, terdapat beberapa yang perlu disimpan di dalam peti sejuk seperti Vivix®. Vivix® diterbangkan secara sejuk dari Amerika Syarikat bagi mengekalkan keberkesanan dan kesegaran. Untuk mengekalkan suhu, gunakan beg sejuk semasa anda dalam perjalanan atau menghantar Vivix® kepada pelanggan.

    Simpan pada suhu bilik, bawah 30 darjah celcius, elakkan sinaran cahaya matahari terik dan kelembapan yang  tinggi.  Walaupun pada suhu bilik, ingat ya, kita tinggal di Malaysia dan suhu dirumah kita pun kadang-kadang melebihi 30 darjah. Kalau diluar rumah tu tak payah sebut lah dan tentu lebih 30 darjah.

    Jadi, sebolehnya, elakkan letak dikawasan yang terkena cahaya matahari yang terik supaya suplemen anda tahan lebih lama dan kekal efektif. Jangan sesekali tinggalkan dalam kereta, atas rak yang dekat dengan cahaya matahari. Senang cerita, simpan sahaja dalam peti sejuk. Senang!

  2. LINDUNGI DARI CAHAYA DAN KELEMBAPAN  cara simpan suplemen
    Untuk kesan optimum, Shaklee mengesyorkan agar suplemennya disimpan di bawah 30°C dan terlindung dari cahaya serta kelembapan. Menyimpan makanan tambahan anda di tempat yang mempunyai haba dan kelembapan yang tinggi boleh mengurangkan jangka hayat suplemen dan keberkesanannya. Apabila ini berlaku, anda mula melihat bintik coklat atau perubahan warna pada pil.

    Antara tempat terbaik untuk simpan suplemen anda adalah di bilik tidur. Selalunya bilik tidur ni gelap dan sejuk supaya kita dapat tidur dengan lebih lena kan. Jadi, boleh sediakan tempat yang sesuai untuk suplemen anda.

  3. KETAHUI CARA KEKALKAN KESEGARANNYA  cara simpan suplemen
    a. Pastikan Sejuk  cara simpan suplemen
    Salah satu tempat yang baik untuk makanan tambahan adalah bilik tidur. Ia mengalami kadar turun naik kelembapan yang lebih rendah dan biasanya sejuk serta kering, sesuai untuk menyimpan suplemen anda. Pastikan ianya jauh dari tingkap dan cahaya matahari.

    b. Elakkan Kelembapan  cara simpan suplemen
    Untuk penyimpanan jangka panjang, anda boleh menyimpan makanan tambahan anda di dalam peti sejuk. Walau bagaimanapun, pastikan botol ditutup rapat kerana membuka dan menutup pintu peti sejuk boleh menyebabkan kelembapan terbentuk disebabkan pemeluwapan. Elakkan menyimpan di dalam kabinet ubat di bilik air kerana ia terdedah kepada panas dan kelembapan setiap hari.

    Simpan dalam peti sejuk. Seperti yang di sebutkan tadi, ini cara simpan suplemen yang paling mudah. Jika terdedah kepada suhu panas, botol mudah meruap dan akan menyebabkan kelembapan yang tinggi dalam botol tersebut. Ini boleh menyebabkan suplemen mudah rosak. Jadi, simpan pada suhu yang sejuk dan pastikan ditutup rapat sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk supaya kelembapan tidak dapat masuk ke dalam botol suplemen anda.

    c. Elakkan Suhu Tinggi  cara simpan suplemen
    Untuk mengelakkan suplemen anda dari kurang berkesan serta mempunyai jangka hayat yang pendek, elakkannya daripada suhu yang tinggi. Elakkan dapur kerana suhunya berubah-ubah semasa anda menggunakan ketuhar dan dapur masak. Jangan simpan di dalam kereta kerana suhu boleh naik hingga 70°C, merosakkannya pada kadar lebih cepat. Moralnya jangan simpan di tempat seperti dapur, dalam kereta, tepi tingkap

    Cara Simpan Suplemen

IKUT PANDUAN CARA SIMPAN SUPLEMEN INI!

  1. Kekalkan Kesegaran Produk cara simpan suplemen
    Untuk mengelakkan Performance® Drinks daripada berketul, jangan buka penutup kertas sepenuhnya.
    Buat segitiga kecil pada penutup kertas dan tuangkan serbuk melaluinya. Pastikan ia ditutup
    rapat semula sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

  2. Simpan dalam Bekas Kedap Udara dan Bekas Gelap  cara simpan suplemen
    Untuk mengelakkan kelembapan, simpan suplemen anda di dalam bekas kedap udara. Kebanyakan suplemen
    memerlukan pembungkusan yang spesifik untuk kesan optimum. Suplemen juga hilang keberkesanannya apabila
    terdedah kepada cahaya dan perlu disimpan di dalam bekas gelap.

  3. Gunakan Bekas Yang Mempunyai Petak Individu Terpisah  cara simpan suplemen
    Oleh kerana makanan tambahan berinteraksi secara berbeza, ia mungkin mempunyai reaksi kimia yang mendatangkan kesan
    buruk apabila disimpan bersama. Oleh itu, jangan sekali-kali menggabungkan beberapa suplemen di dalam satu bekas atau
    botol. Untuk penyimpanan dos mingguan atau jangka pendek, gunakan bekas dengan petak individu terpisah.

Dengan sharing posting ni Kak Tun harap korang dah faham dan tahu cara simpan suplemen dan vitamin yang betul. Boleh cuba amalkan ya supaya suplemen korang tahan lebih lama dan selamat. Barulah dapat kesan yang optimum!

HUBUNGI KAK TUN

Untuk sebarang pembelian produk Shaklee 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *