APA ITU DETOX?

Assalammualaikum. Semasa Kak Tun menulis blog ni, Kak Tun sedang berjuang untuk menurunkan berat badan dengan menggunakan kaedah DETOX. Berat dah rasanya badan, asyik bersemangat je tengok makanan lately ni….hu hu hu…. So, Kak Tun join program supaya boleh dapat lebih pemahaman tentang Apa Itu Detox. Satu lagi…, Kak Tun tak mahu buat Detox secara semberono dan akhirnya langgar tiang dan misi turunkan berat GAGAL! 

APA ITU DETOX?

Apa Itu Detox

 

Apa Itu Detox? Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksin atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar. Jelas kan Apa Itu Detox sekarang?

Terdapat banyak racun yang wujud di persekitaran kita, yang datangnya secara semula jadi daripada kandungan bahan kimia dan tiruan; lihat saja pada udara yang anda hirup, air yang anda teguk, peralatan dan perkakas yang anda sering gunakan, juga tempat yang anda selalu berada dan anda akan sedar kehadiran unsur yang bukan semula jadi atau tidak berkhasiat.

Secara tidak sedar, toksin-toksin ini, menjadikan tubuh sebagai perumah dan kemudiannya merubah cara ianya berfungsi dengan menjadi yang lebih teruk! Pencemaran dan kesannya seringkali dikaitkan kepada berbagai masalah perubatan malahan meningkatkan risiko diserang pelbagai jenis penyakit. So, faham kan apa itu Detox?

APA ITU TOKSIN?

Apa Itu Detox

“KITA HIDUP DI DALAM DUNIA BERACUN”

>> Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh kita. Adalah mustahil bagi anda untuk mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja samaada dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman yang kita ambil. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan oleh tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.

Dari mana datangnya toksin? Haa…. Kak Tun kongsikan 5 saluran utama toksin yang perlu diberi perhatian :

1. PEMAKANAN
Makanan yang diproses, mengandungi bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan dan racun serangga biasa terdapat di dalam hidangan harian kita dan ini mendedahkan kita kepada bahan kimia dan toksin.

2. UDARA
Pencemaran udara yang sering terjadi seperti jerebu meningkatkan lagi risiko rakyat Malaysia diserang penyakit seperti semput, jangkitan pada saluran pernafasan, fungsi paru-paru menjadi terhad dan juga kegatalan pada mata dan kulit.

3. AIR
Hujan asid, sisa dari pencemaran tanah, dan pelupusan sisa buangan secara besar-besaran telah mencemarkan air kita. Air paip biasa berkemungkinan mengandungi bahan kimia juga besi yang merbahaya dan yang mampu memberi kesan kepada kesihatan seperti tumbesaran terbantut, dan kerosakan organ dalaman.

4. TUBUH BADAN
Setiap hari, tubuh anda juga menghasilkan toksin. Seiring dengan fungsinya untuk menghasilkan tenaga untuk melakukan kerja seharian atau senaman serta aktiviti lain turut mengeluarkan toksin. Tekanan dan bebanan ini mengakibatkan tubuh badan manusia menghasilkan toksin dengan sendirinya.

5. GAYA HIDUP
Ada juga toksin yang kita sendiri pilih! Rokok, alkohol berlebihan dan pemakanan yang tidak seimbang adalah antara pilihan salah yang telah kita pilih dan menyebabkan toksin menjadi lebih banyak dari yang sedia ada.

KENAPA PERLU DETOX?

Apa Itu Detox

 

Kak Tun terangkan awal tadi apa itu Detox dan apa itu Toksin. Dah faham maksud kedua nya, kena jelas pula perlu ke badan kita nak buat detox? 

“DETOKS MEMBANTU TUBUH KEKAL CERGAS”

Jadi, sekiranya tubuh anda membersihkan dirinya sendiri, mengapa anda perlu detoks? Anda perlu tahu dengan sokongan nutrisi yang baik, tenaga sistem tubuh anda akan menjadi lebih kuat mendapatkan semula tenaga dan kecergasan, memperbaiki kekuatan mental untuk kekal fokus dan menurunkan berat badan anda agar tampak lebih baik, sihat dan segar!

Ibaratkan diri anda seperti kereta, di mana ia memerlukan minyak untuk kekal bergerak, namun, sehebat mana pun kereta itu, lambat laun; ia tetap akan mengalami kerosakan bagi mengekalkan prestasi peringkat optimum, ia perlu diservis dan dibersihkan serta diganti minyak hitam dan tayarnya. Tanpa bantuan tambahan, badan anda mungkin akan dipenuhi toksin dan kesihatan anda akan turut terjejas. Semakin lama toksin terkumpul dalam tubuh, semakin tinggi kebarangkalian ia akan melumpuhkan organ dan memudaratkan fungsi tubuh anda. Detoks ini bererti kita mengurangkan beban toksin yang terkumpul di dalam badan dan mengekalkan pretasi organ detoks di dalam badan kita ini.

Apa Itu Detox
Setiap wanita juga lelaki tidak kira tua atau muda, berbadan kurus atau gempal, underweight atau overweight, malahan yang obesiti amat digalakkan untuk ber’Detox’. Setiap badan manusia tidak terkecuali daripada toksin. Fahamkan apa Itu Detox, apa itu Toksin sebab bila dah faham keduanya, anda akan faham kenapa Detox itu sangat perlu untuk sesiapa sahaja.  

1- menyingkirkan logam berat terutama plumbum dan merkuri dari badan.
2- Selain tu dapat cucikan badan dari bahan toksin terutama di ginjal, hati dan usus.
3- Bila dah buat detox membantu memperkuatkan bakteria baik dalam usus.
4- Kelebihan detox juga membantu recaj balik sistem imun badan kita yang lemah.
Kalau rasa badan banyak penumpang yang jahat atau parasit, buat lah detox, sebab detox bantu buang parasit. Sebab tu glamer detox parasit.

Boleh baca 9-sebab-penting-kenapa-perlu-detox untuk faham lebih lanjut.

 
24 TANDA BADAN ANDA TINGGI TOKSIN. DETOX SEGERA!!!
 

Tanda Toksin Tinggi Dalam Badan

 

1. Badan selalu rasa lemah, letih dan tidak bersemangat. Badan kerap sakit.
>> Mudah rasa mengantuk, tidak bersemangat walaupun baru sahaja memulakan tugas

2. Ada masalah keputihan, faraj berasa gatal dan berbau yang tidak menyenangkan

3. Perut buncit teruk
>> Perut nampak buncit sebab toksin berkumpul dan tidak dikeluarkan. Cuba check perut tu! Perlu detox ke?

4. Mengalami masalah nafas berbau, hidung tersumbat, berkahak dan mudah selsema

5. Ada masalah rahim – PCOS, Cyst, Fibroid, Endometriosis dan lain-lain

 

Apa Itu Detox

6. Mempunyai masalah bau badan yang tidak menyenangkan jika tidak menggunakan deodorant

7. Kerap merasa kembung, ‘angin’ atau penghadaman tidak baik terutamanya selepas makan

8. Ada ‘Eye Bag’ atau lingkaran gelap di bawah mata

9. Muka mudah naik Jerawat
>> Toksin yang berlebihan menyebabkan jerawat mudah tumbuh. Jerawat bukan sahaja tumbuh di muka tetapi tumbuh di belakag badan

10. Mudah dapat alahan/ alergik, Ekzema atau Psioriasis

 

Apa Itu Detox

11. Jarang membuang air besar setiap hari dan ada masalah sembelit
>> Masalah sembelit sering terjadi pada wanita dan lelaki tak kiralah kurus atau berbadan besar. Sembelit menyebabkan toksin berkumpul dalam usus dan menyebabkan kegagalan untuk membuang setiap hari. 

12. Sukar turun berat badan walaupun sudah mengamalkan diet
>> Ini menunjukkan di dalam badan kita mempunyai banyak toksin dan detox diperlukan untuk menyingkirkan toksin dalam badan.

Sebab susah turunkan berat badan
13. Sukar untuk hamil
14. Sering mengalami masalah bengkak/ sembab
15. Seorang perokok tegar
16. Selalu terdedah dengan asap rokok
17. Berselera makan yang kuat
18. Selalu mengidam makanan yang manis

19. Kitaran haid tidak teratur
20. Mempunyai masalah kencing tidak lawas.
>> Kalau terbatuk, akan terkencing sekali

21. Sering mengalami sakit kepala dan migrain
22. Kulit nampak kusam dan lebih tua dari usia sebenar. Kedutan halus mula nampak.
23. Sudah ada penyakit kronik iaitu Kencing Manis, Darah Tinggi, Kanser dan Kolesterol
24. Sukar tidur malam, Insomnia, mata gelap, mata merah 
>> Mata sukar nak dilelapkan dan mengakibatkan kesukaran untuk tidur malam 

Dapat kesan tanda-tanda toksin yang ada kat badan korang? Kalau Kak Tun, 7/24 tanda dah dapat dikesan. Sebab tu Kak Tun pilih untuk join program Detox bersama Let’s Detox. Testimoni detox hebat-hebat tau! 

FAEDAH BER’DETOX’
 
Apa pula faedah yang kita dapat bila kita buat Detox? Kak Tun senaraikan ni sebahagan saja tau. Sebenarnya, faedah buat Detox ni saaaangat banyak. Yang dah berdetox saja yang memahami.
 
 
Faedah Detox

 

1. Bantu menurunkan berat badan
2. Bantu mengawal selera makan
3. Bantu mencantikkan kulit
4. Menjadikan nafas lebih segar
5. Bantu untuk pemikiran yang lebih fokus.

 Itu saja perkongsian Kak Tun kali ni. Harapnya Kak Tun membantu untuk korang lebih faham Apa itu Detox. Doakan Kak Tun berjaya turunkan lagi berat badan untuk kali kedua ber’detox’ ni. Kali pertama Kak Tun berjaya turunkan 2.5 kg dalam tempoh 12 hari. Kali ni biar capai target nak turun 7 kg.

Kalau korang pun nak join Program Detox, boleh cepat-cepat Whatsapp Kak Tun. Kalau terlepas intake, terpaksa lah tunggu intake akan datang. Group Detox ni memang enjoy dan rileks je.


Program Detox

Harga YOUTH Skin Care Shaklee

 

4 thoughts on “APA ITU DETOX?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *