Baru kepada suplemen? Adalah baik untuk korang tahu cara simpan suplemen terbaik bagi mengekalkan supplemen korang selamat dan segar. Dalam kata lain nak mengelakkan vitamin/ suplemen menjadi kurang berkualiti atau rosak. Aah! Rugi investment kesihatan jika korang tak ambil peduli.
Jom ketahui ilmu cara simpan suplemen yang betul!
- BACA LABEL cara simpan suplemen
Sentiasa baca label suplemen dan simpan mengikut arahan yang diberikan. Walaupun kebanyakan vitamin dan suplemen perlu disimpan pada suhu bilik, terdapat beberapa yang perlu disimpan di dalam peti sejuk seperti Vivix®. Vivix® diterbangkan secara sejuk dari Amerika Syarikat bagi mengekalkan keberkesanan dan kesegaran. Untuk mengekalkan suhu, gunakan beg sejuk semasa anda dalam perjalanan atau menghantar Vivix® kepada pelanggan.Simpan pada suhu bilik, bawah 30 darjah celcius, elakkan sinaran cahaya matahari terik dan kelembapan yang tinggi. Walaupun pada suhu bilik, ingat ya, kita tinggal di Malaysia dan suhu dirumah kita pun kadang-kadang melebihi 30 darjah. Kalau diluar rumah tu tak payah sebut lah dan tentu lebih 30 darjah.
Jadi, sebolehnya, elakkan letak dikawasan yang terkena cahaya matahari yang terik supaya suplemen anda tahan lebih lama dan kekal efektif. Jangan sesekali tinggalkan dalam kereta, atas rak yang dekat dengan cahaya matahari. Senang cerita, simpan sahaja dalam peti sejuk. Senang!
- LINDUNGI DARI CAHAYA DAN KELEMBAPAN cara simpan suplemen
Untuk kesan optimum, Shaklee mengesyorkan agar suplemennya disimpan di bawah 30°C dan terlindung dari cahaya serta kelembapan. Menyimpan makanan tambahan anda di tempat yang mempunyai haba dan kelembapan yang tinggi boleh mengurangkan jangka hayat suplemen dan keberkesanannya. Apabila ini berlaku, anda mula melihat bintik coklat atau perubahan warna pada pil.Antara tempat terbaik untuk simpan suplemen anda adalah di bilik tidur. Selalunya bilik tidur ni gelap dan sejuk supaya kita dapat tidur dengan lebih lena kan. Jadi, boleh sediakan tempat yang sesuai untuk suplemen anda.
- KETAHUI CARA KEKALKAN KESEGARANNYA cara simpan suplemen
a. Pastikan Sejuk cara simpan suplemen
Salah satu tempat yang baik untuk makanan tambahan adalah bilik tidur. Ia mengalami kadar turun naik kelembapan yang lebih rendah dan biasanya sejuk serta kering, sesuai untuk menyimpan suplemen anda. Pastikan ianya jauh dari tingkap dan cahaya matahari.b. Elakkan Kelembapan cara simpan suplemen
Untuk penyimpanan jangka panjang, anda boleh menyimpan makanan tambahan anda di dalam peti sejuk. Walau bagaimanapun, pastikan botol ditutup rapat kerana membuka dan menutup pintu peti sejuk boleh menyebabkan kelembapan terbentuk disebabkan pemeluwapan. Elakkan menyimpan di dalam kabinet ubat di bilik air kerana ia terdedah kepada panas dan kelembapan setiap hari.Simpan dalam peti sejuk. Seperti yang di sebutkan tadi, ini cara simpan suplemen yang paling mudah. Jika terdedah kepada suhu panas, botol mudah meruap dan akan menyebabkan kelembapan yang tinggi dalam botol tersebut. Ini boleh menyebabkan suplemen mudah rosak. Jadi, simpan pada suhu yang sejuk dan pastikan ditutup rapat sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk supaya kelembapan tidak dapat masuk ke dalam botol suplemen anda.
c. Elakkan Suhu Tinggi cara simpan suplemen
Untuk mengelakkan suplemen anda dari kurang berkesan serta mempunyai jangka hayat yang pendek, elakkannya daripada suhu yang tinggi. Elakkan dapur kerana suhunya berubah-ubah semasa anda menggunakan ketuhar dan dapur masak. Jangan simpan di dalam kereta kerana suhu boleh naik hingga 70°C, merosakkannya pada kadar lebih cepat. Moralnya jangan simpan di tempat seperti dapur, dalam kereta, tepi tingkap
IKUT PANDUAN CARA SIMPAN SUPLEMEN INI!
- Kekalkan Kesegaran Produk cara simpan suplemen
Untuk mengelakkan Performance® Drinks daripada berketul, jangan buka penutup kertas sepenuhnya.
Buat segitiga kecil pada penutup kertas dan tuangkan serbuk melaluinya. Pastikan ia ditutup
rapat semula sebelum disimpan di dalam peti sejuk. - Simpan dalam Bekas Kedap Udara dan Bekas Gelap cara simpan suplemen
Untuk mengelakkan kelembapan, simpan suplemen anda di dalam bekas kedap udara. Kebanyakan suplemen
memerlukan pembungkusan yang spesifik untuk kesan optimum. Suplemen juga hilang keberkesanannya apabila
terdedah kepada cahaya dan perlu disimpan di dalam bekas gelap. - Gunakan Bekas Yang Mempunyai Petak Individu Terpisah cara simpan suplemen
Oleh kerana makanan tambahan berinteraksi secara berbeza, ia mungkin mempunyai reaksi kimia yang mendatangkan kesan
buruk apabila disimpan bersama. Oleh itu, jangan sekali-kali menggabungkan beberapa suplemen di dalam satu bekas atau
botol. Untuk penyimpanan dos mingguan atau jangka pendek, gunakan bekas dengan petak individu terpisah.
Dengan sharing posting ni Kak Tun harap korang dah faham dan tahu cara simpan suplemen dan vitamin yang betul. Boleh cuba amalkan ya supaya suplemen korang tahan lebih lama dan selamat. Barulah dapat kesan yang optimum!
Untuk sebarang pembelian produk Shaklee