8 AMALAN MAGNET REZEKI

As Salam
Kata orang, rezeki ni kena cari MAGNETnya.

Boleh amalkan beberapa tips MAGNET REZEKI ni. Jika diizinkan Allah dan dibuat dgn bersungguh dan ikhlas, 3 hari dah boleh nampak kesannya. Kak Tun share 8 amalan je kat sini ya….

Kak Tun pun in progress juga. Kadang tu terleka…manusia khennnn…. Yang penting, sama2 kita cuba perbaiki dan mengingatkan antara satu sama lain.

1. Bangun pagi, usap muka cakap Alhamdulillah terima kasih Allah. Usap seluruh badan dan bernafas dalam2 ucap Alhamdulillah lepas tu senyum sensorang.

2. Cukup waktu, mulakan dengan solat dhuha, buat 2 rakat kemudian 2 rakaat lagi. (4rakaat)

3. Hari ni tanam dalam diri tak mau sembang ngan kawan opis pasal org lain, takmau baca atau tulis yg bukan2.
Nak zikir dan sebut nama Allah ja. Sebut ulang2( boleh jadi sebak tau)

4. Pergi lunch, ada makanan lebih…bungkus bagi kucing jalanan.

5. Solat Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak di awal waktu, habis solat terus berdoa.
Bersembang mintak kat Allah agar nak kaya dunia akhirat.
Minta sungguh2. Lepas tu ucap Alhamdulillah berkali kali kat Allah sebab bagi kita tumpang di dunia.

6. Harini tekad , kalau sapa saja minta sedekah berilah, walau RM0.50sen

7. Telepon mak dan abah, bersembang dan tanya khabar walau 5 minit.

8. Bangun antara jam 3.30-4.00 pagi. Buat tahajjud 2 rakaat kemudian ambik masa termenung muhassabah diri kenapa ujian datang kat aku, mungkin aku pernah buat salah. Buang ego dan kaji sedalamnya.. Apa salah silap kita. Kalau tak jumpa, mohon Allah tunjukan.

Ulang amalan2 ni istiqomah lah.
Insha Allah ada tarikan magnet rezeki nanti.

Haaa…..rezeki ni ada macam-macam bentuk Allah nak bagitau. Bukan setakat duit ringgit je. Dapat kawan yang baik tegur silap kita, boss yang baik, jiran yang baik pun rezeki juga. 😁

All the best!

Luv
Kak Tun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *