Keburukan Intermittent Fasting (IF) Yang Ramai Tidak Tahu

keburukan Intermittent Fasting

Ramai yang nak cuba buat diet Intermittent Fasting. Mungkin ramai juga yang tidak tahu keburukan Intermittent Fasting. 

keburukan Intermittent Fasting

1. Tiada panduan khusus pelan pemakanan harian

Intermittent Fasting adalah satu kaedah menghadkan tempoh makan, contohnya kita ada window makan selama 8 jam, dan berpuasa selama 16 jam. Keburukan Intermittent Fasting ialah tiada kaedah atau panduan pelan pengambilan pemakanan yang tertentu.

Ada orang juga buat intermittent fasting tanpa panduan ini, dan akhirnya hanya turun 2kg sahaja untuk tempoh 4 bulan.

Disamping itu, tanpa panduan pemakanan juga akan menyebabkan kita makan berlebihan pada waktu eating window. Justeru seolah-olah tiada kelebihan dari melakukan intermittent fasting tersebut.

2. Tahap collagen berkurangan sebanyak 90%

Keburukan Intermittent Fasting akan sebabkan efek kepada kulit kita dari segi menyebabkan penuaan kulit iaitu kulit jadi kering dan hilang keanjalan disebabkan oleh kekurangan collagen sebanyak 90%.

Kalau perasan, ada orang yang target buat intermittent fasting untuk bantu mereka kuruskan badan, tapi pada masa yang sama kulit mereka pun turut  ikut kendur. Ini lah keburukan Intermittent Fasting. Bila kita turun berat, ada dikalangan mereka yang nampak tua atau nampak tak sihat.

Apabila kolagen berkurangan dalam badan, kulit akan semakin kurang elastik. Apabila berat badan anda berubah, ia dapat mengubah berapa banyak kolagen yang dihasilkan oleh badan anda, yang kemudiannya boleh menyebabkan kulit kendur dan kedutan.

3. Kulit menjadi kering

Antara lain keburukan Intermittent Fasting ialah simptom kulit gatal. Hal ini terjadi bukan hanya disebabkan kita buat intermittent fasting, bahkan semasa kita berpuasa Ramadan atau puasa sunat, ramai orang mengalami kulit kering, menggelupas sehingga menjadi gatal dan kadang-kadang menyakitkan juga.

Ia adalah simptom biasa kulit disebabkan oleh dehidrasi.

Ia biasanya berlaku pada bulan puasa, kerana apabila kita berpuasa, kita menahan makan dan minum lebih daripada 12 jam dan ia memberi kesan kepada kulit kita.

Tapi jangan risau. Banyak yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan kulit anda daripada gatal-gatal apabila berpuasa atau ketika intermittent fasting.

4. Emosi menjadi kemurungan (moody)

Ini bukan saja keburukan Intermittent Fasting, ia juga terjadi kepada kebanyakan mereka yang berdiet. Selalunya akan cepat moody. Rasa kemurungan, cepat rasa lapar dan pening. Ada juga yang bacaan darah atau gula naik secara mendadak, itu belum lagi termasuk rasa nak pitam, rasa nak pengsan, rasa sakit-sakit sendi la, badan terasa sangat lemau dan malas.

Takut nak buat IF kan kalu terjadi macam ni, Sediakan mental. Apabila kurang info dan ilmu, memang akan jadi salah faham dan fobia nak buat IF.

5. Gangguan masa tidur

Tidur terganggu juga merupakan keburukan Intermittent Fasting. Andaikata kita terlalu lapar pada waktu tidur. Rasa lapar yang teruk meningkatkan tahap kortisol kita, meletakkan brek pada pengeluaran melatonin yang kita perlukan untuk berasa mengantuk dan terus tidur.

Inilah sebabnya mengapa ada juga orang melaporkan mengalami insomnia semasa berpuasa atau buat intermittent fasting. Rasa lapar terlalu kuat, badan berasa tertekan dan tidur tidak boleh berlaku. Bila ianya berlaku selama beberapa hari/malam seperti ini dan kita mengalami kesan kurang tidur, berhenti kehilangan lemak, tahap tenaga berkurangan, dan mood semakin teruk.

Kaitan Autophagy dengan Intermittent Fasting

Keburukan Intermittent Fasting

Baru-baru ni KakTun menghadiri kelas dengan Prof Dr Redza (seorang saintis nutraceuticals tempatan). Beliau ada menyentuh bab Autophagy.

Khasiat Autophagy Kepada Kesihatan Kita

Autophagy antara manfaat terbesar apabila berpuasa atau semasa kita membuat intermittent fasting. 
Autophagy adalah cara sel-sel membersihkan dirinya yang rosak, untuk menjana semula sel-sel baru yang lebih sihat.

“Auto” bermaksud diri dan “fagy” bermakna makan. Oleh itu makna literal autophagy adalah “makan sendiri.”

Ia juga dirujuk sebagai “self eating.” Ia sebenarnya memberi manfaat kepada kesihatan anda secara keseluruhan.

Mekanisme autophagy memberi peluang badan memelihara badan di mana ia boleh keluarkan sel yang disfunction dan kitar semula bahagian-bahagian yang perlu untuk dibersihkan secara selular.

Autophagy merangsang sistem imun anda dan membantu mengurangkan keradangan kronik dalam badan anda. Seterusnya, ia boleh membantu mengurangkan risiko penyakit moden dengan keradangan asas, seperti penyakit metabolik, autoimun, penyakit jantung dan kanser.

Cara Nak Capai Autophagy

Autophagy
Kalau tengok kepada time line intermittent fasting, autophagy hanya bermula selepas IF selama 20 jam, dan hanya mencapai kemuncak selepas IF selama 72-jam (IF selama 3 hari, tanpa makanan, hanya minum). Jadi tak mudah, bayangkan 3 hari buat wet-IF.


Intermittent fasting time line berbanding puasa kering seperti puasa di bulan Ramadan atau puasa sunat, lebih cepat dapat capai autophagy.

Dengan berpuasa anda dapat mencapai tahap autophagy 3x lebih cepat berbanding intermittent fasting kerana intermittent fasting (wet fasting) kita masih minum air pada waktu fasting window, jadi badan kita perlukan air dan akan menariknya dari sel untuk memacu pengeluaran tenaga.

Dr Jokers

Beliau ada sebutkan beberapa jenis supplemen terbaik yang dapat membantu kita mengaktifkan autophagy:

Resveratrol (iaitu sejenis polifenol)
Astaxantin (juga sejenis polifenol)
Berberine
Citrus Bergamot
Turmeric

Jadi fahami apa tujuan nak buat Intermittent fasting, kemudian cari kaedah yang paling sesuai untuk anda. Ambil produk supplemen yang bersesuaian untuk fokus anda, KakTun rekomen anda amalkan supplement terbaik Shaklee, sebab inilah juga yang KakTun amalkan sejak 9 tahun dahulu.

Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye.

Promo Set Hello New You untuk anda!


Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau. Diskaun Produk di sini

http://www.wasap.my/601137007328/NakShaklee

2 thoughts on “Keburukan Intermittent Fasting (IF) Yang Ramai Tidak Tahu

Leave a Reply to Afiela Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *