KANTIN SEKOLAH ANIAYA PELAJAR

Assalammualaikum. Semoga pembaca blog Bonda Hebat sentiasa ceria, bertenaga dan dikelilingi aura positive.

Tiba-tiba BH teringat isu yang dibincangkan di dalam tv, perihal kantin sekolah. Betapa kotornya sesetengah pengusaha kantin di sekolah menganiaya kanak-kanak naif. Bayangkan anak-anak darjah 1, berwajah kesian, suci, alami perkara-perkara di bawah:

1. Murid yang dah bayar dengan duit besar, tapi tidak kembalikan duit baki. Murid berlalu pergi tanpa diberitahu. Dua-dua pihak rasa tidak bersalah.

2. Apabila murid bertanya harga, pelayan memberitahu, “Dua, seringgit,” sedangkan boleh diberitahu harga seunit “Satu, lima puluh sen.”

3. Yang kasihannya, anak ini beli saja dua unit, sedangkan dia cuma perlukan satu.

4. Harga secawan (saiz kanak-kanak) air minuman sirap penuh adalah RM1, hampir menyamai harga segelas di luar untuk dewasa.

5. Ini lagi sedih, anak ini cuma ada 50 sen di tangan. Maka, dapatlah dia separuh cawan.

6. Tidak boleh saya bayangkan betapa tergamaknya anak-anak tidak berdosa diperdayakan.

7. Walaupun diketahui syarat sah pihak jualbeli haruslah mumayz/baligh, namun situasi begini amat menyedihkan.

8. Satu lagi kes, bila ramai murid beratur ambil makanan, sampai di hujung barisan, ada makanan yang habis.

9. Ada kes lain, bila dah bunyi loceng, anak ini tak jadi makan. Ditinggalkan begitu saja, terus masuk kelas kelaparan. Sedih lagi T_T

10. Wahai ibu bapa, kita sajalah penyelamatnya. Mari kita budayakan semula amalan BEKAL MAKANAN.



11. Jika satu Malaysia ibu bapa sediakan bekal, alamat pengusaha kantin pun kena fikir cara lain untuk cari makan.
12. Ada sesetengah pengusaha yang melarang anak yang bawa bekal makan di kantin. Abaikan saja undang-undang ini. Bawah pokok pun tak mengapa. Kenangan terindah.

13. Anak-anak yatim lagi macam mana? Hai sayunya hati.

14. Cerita pasal makan ni, semua orang boleh sentap. Kita mak-mak ayah-ayah ni makan sedap waktu tengahari, anak kita makan apa di sana?

Berikut 6 panduan menyusun menu makan anak :

1. Harus bervariasi

Jenis hidangan berganti-ganti setiap hari, agar anak mendapat pengalaman makan yang kaya, tidak bosan dan mendapat nutrisi lengkap. Menu makan termasuk juga sayur dan buah-buah 

2. Buatan sendiri, lazat dan bersih. 

keuntungan bila kita memasak sendiri adalah bahan makanan lebih terkawal, hidangan lebih sihat dan kebersihan terjaga. 

3. Menghindari penyakit

Berbagai penyakit gaya hidup, menyerang sejak usia muda. Jumlah anak yang menderita obesiti, tekanan darah tinggi dan diabetes saat ini semakin meningkat. Jika anak terlalu banyak makan sumber lemak haiwan (daging lembu, kambing, ayam, mentega dan lain-lain), kadar kolesterol di tubuh akan meningkat, menambah risiko pengerasan pembuluh darah. Meski ikan termasuk haiwan, namun kadar kolesterolnya rendah kerana ikan mengandungi DHA (Docosahexaenoic acid) dan EPA (Eicosapentaenoic acid). 

DHA berfungsi melancarkan aliran darah dan meningkatkan aktiviti otak. EPA lemak ikan yang berfungsi melancarkan aliran darah. Itu sebabnya anak-anak sebaiknya banyak makan ikan, terutama ikan perairan dalam atau blue fish seperti sardin, makarel, tuna, salmon dan lain-lain. 

Penggunaan garam dan gula juga harus dikurangkan untuk menghindarkan penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes. Sebaliknya, sumber serat seperti rumput laut, sayuran wajib ada dalam menu makanan anak-anak.   

4. Tekstur mudah dikunyah. 

Ini untuk melatih kemampuan mengunyah anak-anak. Mengunyah dengan betul, membantu pertumbuhan dagu dan gigi, mencegah gigi berlubang, mencegah makan berlebihan dan obesiti. Juga, diyakini dapat menstimulasi dan membantu otak bekerja lebih baik.

5. 
Menikmati makanan dengan sopan. 
Tidak sekadar makan, anak harus diajar mematuhi tata tertib makan, agar tidak mengganggu anak lain. Belajar table manner. 

Salah satu cara membuatkan anak tertarik pada makanan adalah dengan melibatkan mereka dalam proses menyiapkan makan tersebut. 

Senangnya makan di sekolah! 


anak kita..harta kita..aset kita..

Bonda HEBAT (BH)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *