INSTANT SHAWL NECKLOFA

Assalammualaikum.
BH doakan, anda yang menziarahi blog Bonda Hebat sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

FESYEN TUDUNG BERUBAH MENGIKUT PEREDARAN MASA

BH nak kongsi sikit pasal fesyen tudung hari ni. Berubah-ubah fesyen tudung mengikut peredaran zaman. Dulu masa zaman BH sekolah rendah, BH guna tudung fesyen ikat belakang then jerut kat depan dengan brooch. Siapa pernah pakai tudung cenggitu? Cer angkat tangan sikit……

Suci dan terpelihara bila bertudung begini

Sekolah menengah, BH pakai tudung bulat ber’awning’. Mula-mula dulu material nya kain getah yang jahit selapis aje. Tu sbb kena pakai ‘awning’. ‘Awning’ ni kalau tak pakai….akan terjelepek la tudung tu. Maklum aje la….freshie. Nampak macam tak pro la kononnya kalau Tudung tak ada muncung…..eke ke ke.

‘Awning’ ni ada yang guna kertas, ada yang guna plastik. Perghhh! macam tu sekali nak bagi si pemakai tudung tu cun. Cun ke?

Siapa yang ada bajet lebih, boleh la pegi tukang jahit buat anak tudung yang ada awning guna span. Span lembut tu….macam yang tukang jahit selalu jahit kat bahu baju tu. .Boleh imagine tak?

Dah habis musim anak tudung span, bermula la era tudung bawal, kembung, pari, jelatek…..

Ni la antara fesyen tudung Ariani yang glam suatu masa dulu. 

Lepas tu meletopsss la tudung Ariani. Huish! sapa yang berkemampuan aje yang boleh beli tudung Ariani ni dulu. BH mampu juga masa tu…..mampu lalu depan kedai Ariani aje lah……kih kih kih.

Fareeda pun glam juga….. Tudung Fareeda ni tudung yang bertingkek-tingkek ada brooch beso penampor…..hee he he…

Sekarang ni dah bermacam-macam fesyen tudung yang meletopssss…..

Haaaa….! Fesyen fesyen juga…..Perlu jaga syariat ye….
Ko sanggup cenggini…! Mau tak perasan Ular Kapak main sorok-sorok atas kepala nih…..hi hi hi

INSTANT SHAWL NECKLOFA

BH nak kongsi pasal Instant Shawl Necklofa ni. Kenapa panggil Instant Shawl Necklofa? Sebab memang fesyennya sejibik macam yang Neelofa pakai tu. Saja jelah BH nak bagi nama Shawl tu NECKlofa…. sempena demam program NECK (Now Everyone Can Kurus)…..Hik hik hik…Kesah pulak aku!

Mulanya BH tak la berminat sangat. Bila BH teliti material yang digunakan iaitu cotton lycra yang sejuk tu….mula la tangan ni gatal nak mencuba.

Sedap la pulak pakai tudung NECKLOFA ni. Awningnya lembut, boleh guna untuk solat sebab tak ganggu semasa kita nak sujud. Tambahan lagi cuttingnya yang labuh dan adjustable. Bonus kan…..boleh jadi READY SOLAT Tools.

Boleh adjust untuk tutup bawah dagu.

BH menggayakan Instant Shawl Necklofa  C06

MELANCONG DENGAN INSTANT SHAWL NECKLOFA

Bagi yang nak melancong atau ada tugasan di luar negara, BH sangat sangat suggest untuk anda ada koleksi Shawl Necklofa ni sebab tudung ni sangat RINGKAS dan BERGAYA. Memang tak akan menyesal la.

Lupa BH nak bagitau, Instant Shawl Necklofa ni tak perlukan banyak brooch atau pin. Satu dua pin pun dah boleh dapat hasil yang superb. Cubalah!

BAGAIMANA NAK DAPATKAN?

Bagi yang berminat nak cuba INSTANT SHAWL NECKLOFA, boleh hubungi BH 01137007328. Sekiranya anda bank in sebelum jam 10 malam, 27 Februari 2015 ini, BH akan bagi FREE POSTAGE. Tak kisah lah berapa unit yang anda beli.

Cepat! Cepat! Stok terhad.

Bonda Hebat
01137007328

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *