Bisnes Shaklee – 9 Sebab Kenapa Komunitinya Terunggul

Sebab Komuniti Bisnes Shaklee Best
Sebab Komuniti Bisnes Shaklee Best
 
Posting kali ini, KakTun nak kongsi tentang bisnes Shaklee yang telah jadi gaya hidup dan juga salah satu cabang punca pendapatan KakTun sejak tahun 2014 lagi. Dengan bisnes Shaklee inilah, banyak impian KakTun tercapai – nak bisnes yang fleksibel dan mudah, nak pendapatan yang boleh bantu gaya hidup, nak bantu orang ramai untuk sihat. 
 
Komuniti Bisnes Shaklee
 

Komuniti Bisnes Shaklee

 
TEMPOH berada dalam bisnes Shaklee 35 tahun, 30 tahun, 25 tahun, 20 tahun, 15 tahun, 10 tahun. Pelik tetapi benar. Ramai…..sangat ramai yang sudah berada dalam bisnes ni lebih satu dekad tau. KakTun sendiri dah 9 tahun berbisnes dengan Shaklee. Sebelum jumpa Shaklee, KakTun bertukar-tukar bisnes. 
 
Apa yang membuatkan kami semua mampu KEKAL lama bersama Shaklee? Salah satu sebab utama adalah Komuniti Shaklee atau lebih mesra dikenali sebagai SHAKLEE FAMILY.
 
Komuniti Bisnes Shaklee

9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee yang terunggul

Komuniti Shaklee terdiri daripada upline, downline, sideline, pihak pengurusan Shaklee yang berada di Malaysia juga yang berada di luar negara.

Apa yang menyebabkan komuniti bisnes Shaklee ni sangat kukuh, dan amat sesuai untuk kita sertainya?

Bisnes Shaklee
Sideline – Sharifah adalah seorang Peguam

1- Bisnes Shaklee disertai oleh individu-individu hebat dari pelbagai latarbelakang

Sepanjang lebih 9 tahun KakTun bersama Shaklee, KakTun berpeluang mengenali rapat individu-individu hebat dari pelbagai latarbelakang. Ada yang bekerja profesional seperti doktor, peguam, jurutera, akauntan dan konsultan. Ada yang bekerja sebagai tentera, polis dan jururawat. 

Tidak kurang juga guru-guru yang berjaya dalam bisnes Shaklee, walaupun secara sambilan. Beberapa tahun kebelakangan ini bisnes Shaklee dikuasai juga oleh kumpulan mahasiswa dan mahasiswi yang membina bisnes Shaklee sambil belajar. Paling teruja KakTun semestinya golongan suri rumah yang berjaya menikmati pendapatan 4-5 angka, sambil membesarkan anak-anak di depan mata. 

 

 

2- Sokongan syarikat untuk semua ahli – pengguna atau yang buat Bisnes 

Di Shaklee, walaupun anda mendaftar sebagai ahli biasa, syarikat tetap memberi peluang kepada anda untuk menyertai pelbagai aktiviti-aktiviti syarikat. Antara aktiviti-aktiviti yang anda boleh sertai termasuklah :

  • kelas bimbingan produk
  • pemeriksaan kulit, ujian tulang dan analisa berat badan percuma 
  • health fair dan banyak lagi aktiviti menarik

Untuk pemimpin-pemimpin perniagaan pula, syarikat menyediakan peluang-peluang latihan yang lebih intenstif, bagi memastikan kami sentiasa menambah ilmu-ilmu kepimpinan dan perniagaan. Paling seronok, program-program ini diberi subsidi dan kami hanya membayar sejumlah yuran yang kecil sahaja walaupun program dijalankan di hotel-hotel 5 bintang! 

3- Sistem sokongan yang disediakan Shaklee sangat lengkap. 

Sistem Bisnes Shaklee adalah yang terbaik. Segalanya dihujung jari, mudah dicapai pada bila-bila masa. Penghantaran barangan yang telah dibuat belian juga pantas dan cekap. Kebiasaannya 2-3 hari bekerja sahaja. 

Bukan itu sahaja, sistem Shaklee membantu ahli dengan menyediakan slip penyata pendapatan yang sangat membantu untuk ahli membuat pinjaman pembelian rumah, kereta. 

Bukan tu saja, sistem menyediakan penyata CP58 untuk memudahkan ahli melaksana tanggungjawab sebagai pembayar cukai kepada negara. Tak perlu pening-pening nak submit e-filing ke LHDN.

Komuniti Bisnes Shaklee

4- Komuniti Bisnes Shaklee mengajar “Healthy Lifestyle”   

Bila berada dalam bisnes supplemen, macam-macam program diberikan kepada ahli. Banyak KakTun belajar tentang ilmu penjagaan kesihatan sejak join Shaklee. Bermula dari penyusuan ibu, pengurusan berat badan dan tidak ketinggalan ilmu penjagaan kecantikan. Sehinggakan dah lebih 9 tahun KakTun boleh amalkan “Healthy Lifestyle” yang diajar.

Ilmu-ilmu ini bukan untuk diri sendiri boleh diturunkan kepada anak-anak, keluarga, juga mereka yang berada disekeliling kita. 
Komuniti Bisnes Shaklee

 

5- Kerjasama antara kumpulan-kumpulan Bisnes Shaklee

Adalah antara yang “mahal” dalam bisnes Shaklee – Kerjasama walaupun berbeza team. Kami bekerjasama antara kumpulan, bagi meningkatkan imej bisnes Shaklee, melatih ahli-ahli kami dengan berkongsi kepakaran masing-masing. Tidak ada istilah “kedekut ilmu” kerana jika kita bersama-sama membina gelombang, secara berjemaah, semua orang boleh merasa hasilnya. Baca disini!

6- Hubungan Home Office dan ahli seperti satu keluarga yang besar 

Kami di Shaklee adalah seperti satu keluarga yang besar. Leaders, ahli dan pelanggan di peringkat lapangan, manakala di peringkat Home Office ada President, Vice President, bersama-sama sokongan Business Development Manager (BDM), pakar nutrisi, team IT dan team customer service. Pada bila-bila masa yang diperlukan, kami boleh meminta bantuan dan sokongan bagi memastikan kelancaran bisnes dari masa ke masa.

Pengurusan Shaklee mendengar suara leaders. Leaders boleh memberikan pendapat dan ada ruang untuk berbincang dengan pihak pengurusan kerana bisnes ini dibina bersama-sama. 

7- Komuniti bisnes Shaklee mementingkan “kesihatan rohani”

Walaupun secara zahirnya, Shaklee memberi fokus kepada kesihatan fizikal dan juga kemajuan perniagaan dari segi pendapatan dan gaya hidup, kumpulan kami juga amat menitikberatkan “kesihatan rohani” ahli-ahlinya. 

Oleh sebab itu, dari masa ke masa, ahli-ahli berpeluang untuk mengikuti pelbagai bentuk perkongsian motivasi dan keagamaan dari kalangan ahli sendiri yang berkelayakan dan berpengalaman.

Serasi KakTun dengan komuniti bisnes begini kerana ia membantu menguatkan jiwa, kerana perjalanan bisnes ini bukanlah mudah dan seronok sepanjang masa. Jadi, rohani yang sihat dan bisnes yang berkah itu amatlah penting untuk dijaga sepanjang masa. 

8- Pemimpin-pemimpin senior yang ada visi dan misi untuk dicontohi

Lebih 9 tahun bergelumang dalam komuniti bisnes Shaklee ini, banyak ilmu, pengalaman dan pengajaran daripada senior leaders yang sudah membina legasi di dalam bisnes ini. Antara nasihat yang kekal dalam ingatan sehingga kini.

“Lihatlah muka anak-anak masih yang kecil, mereka berharap pada kita untuk kehidupan yang lebih baik”.
– Master Hajah Salwa


9- Ukhwah beyond business

Bukan sahaja membina pendapatan bersama Shaklee, KakTun telah direzekikan oleh Allah dikelilingi sahabat-sahabat  yang saling memberi sokongan dan galakkan untuk berjaya bersama-sama. Tiada berebut rezeki, tiada sifat nak menjatuhkan rakan bisnes lain.

Ini adalah harta tidak ternilai, ukhwah beyond business. 

Nak join Komuniti Bisnes Shaklee

So, tunggu apa lagi? Korang berminat nak bersama kami. Sekarang kita open untuk pengambilan New Intake Rakan Bisnes yang serius untuk menjana Income RM500 – RM1000 sebulan bersama team KakTun, Freedom Rich (FR)
 
Nak join Komuniti Bisnes Shaklee?
Bagaimana nak daftar?

Ada dua yuran pendaftaran serendah RM35 atau Langganan Produk Shaklee Free Membership Free Postage serendah RM150 sahaja. Klik di sini : Nak Join Komuniti Bisnes Shaklee KakTun akan bimbing cara mendaftar.
 
Percayalah, memang untung join Projek BlogMegaShaklee ni. Bukti income di sini!

 

 

 

 

 

 

 

 

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *