Mengatasi Masalah Batu Karang

Secara umumnya, kaum lelaki lebih cenderung untuk mengalami penyakit batu karang. Namun begitu, kaum wanita juga tidak terkecuali terdedah kepada bahaya penyakit ini. Penyakit ini bukanlah asing dalam kalangan kita semua. Mungkin kerana penyakit ini jarang didedahkan dengan bahayanya berbanding penyakit seperti demam denggi dan obesiti.
Apakah Penyakit Batu Karang?
Batu karang ialah sejenis penyakit yang menyukarkan pesakit untuk membuang air kecil. Batu karang atau ‘renal stone’ bermaksud ada batu di buah pinggang atau saluran kencing seseorang itu. Batu karang terbentuk daripada zat kalsium yang bercampur dengan bahan-bahan lain dalam badan dan akhirnya ‘membentuk’ batu-batu kecil dipanggil kristal dan apabila bahan-bahan lain terkumpul atau berkelompok, lama-kelamaan ia membesar sehingga dipanggil batu karang . 
Golongan yang Sering Mendapat Batu Karang
Kategori umur yang sering mengalami batu karang ialah di antara 20 hingga 40 tahun. Ada juga yang berdepan dengan penyakit ini pada umur lebih muda dari 20 tahun dan lebih tua dari mereka yang berumur 40 tahun namun ia jarang berlaku.
Bagaimana Batu Karang Boleh Berlaku?
Batu karang boleh berlaku kerana beberapa faktor. Faktor yang utama adalah disebabkan tubuh seseorang itu kurang air. Sebab tubuh kekurangan air ialah air yang diminum kurang dan dalam masa sama, individu itu kuat berpeluh. Selain itu, kemungkinan batu karang terbentuk ialah tabiat pemakanan individu itu sendiri iaitu makan makanan yang mengandungi protein tinggi seperti daging merah, makan makanan masin, minum banyak kopi dan teh. Faktor lain termasuk penyakit ini mudah berlaku jika seseorang itu ada penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Simptom Batu Karang
 Kesakitan pada bahagian abdomen iaitu sisi kanan dan kiri pinggang
 Kesakitan seperti berdenyut-denyut, berat dan sakit melilit yang amat sangat
 Terasa loya, hendak muntah dan berpeluh-peluh
 Sukar untuk kencing atau langsung tidak boleh kencing
 Kencing berdarah atau bercampur dengan nanah
 Demam dan menggigil
Nasihat dan Saranan
Minum air dalam kuantiti yang banyak iaitu 2.5 liter sehingga 3.0 liter sehari. Selain itu, kurangkan pengambilan daging merah, makanan laut, kategori makanan yang mempunyai asid urik yang tinggi serta kopi dan teh.
Set Shaklee yang Dicadangkan untuk Batu Karang:
Selain minum air kosong atau air masak dalam kuantiti yang banyak dan menjaga pemakanan, kita boleh mengambil alternatif lain iaitu menggunakan produk Shaklee. Set yang dicadangkan mengandungi supplement B Complex, Sustained Release Vitamin C Plus, Ostematrix dan Alfalfa Complex.
Bagaimana Supplement Shaklee Bertindak:
1. B Complex: Membantu menurunkan oksalat (garam mineral) yang membentuk batu karang
2. Vitamin C: Membantu mengasidkan air kencing dan batu karang tidak akan terhasil dalam air kencing yang berasid
3. Ostematrix: Mengandungi magmesium yang mampu menurunkan oksalat dan mencegah pembentukan batu karang
4. Alfalfa Complex: Membantu menurunkan infeksi (jangkitan) dan inflamasi (keradangan)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *