Assalammualaikum pembaca blog Bonda Hebat. Bonda Hebat mendokan anda semua sentiasa ceria, positif dan bermotivasi.
Kali ini BH nak jadi penasihat kesihatan dengan memberi tips untuk MENURUNKAN BERAT BADAN lalu mencapai berat badan yang ideal. Seperti yang kita tahu, semakin ramai rakyat Malaysia yang telah mencapai tahap OBESITI.
Berdasarkan statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia. Kesian kan…..
Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan cara cepat dan sihat.
1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula dan garam yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
3. Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.
4. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.
5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.
7. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.
8. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh ganti dengan mengamalkan ‘protein shakes’ dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.
9. Anda boleh menggunakan supplemen untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan dengan cara pemakanan yang betul dan sihat.
10. Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lebihkan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
11. Buat senaman ‘sit up’ dan ‘push up’ setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang selepas balik kerja. Lebihkan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah ‘sit up’ dan ‘push up’ dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.
Baru-baru ni ada satu berita baik untuk sesiapa yang nak turunkan berat badan. Program ini ala-ala program Kevin Zahri. Tapi ni ada pertandingan tau.
Program Now Every One Can Kurus (NECK) dibuka sekarang. Hubungi Bonda Hebat aka Tun Azah 01137007328